Bamboo Bamboo

Hii, Assalamualaikum & annyeonghaseyo! Waa i'm back again :) Sis dah habis hectic week, final & now sis tengah cuti sem 2bulan tau ha agak agak nak buat apa dalam masa 2bulan tu? So, tengah cuti tenangkan fikiran & penuhkan perut ni eh? hahahaha so sis nak kongsikan sikit dekat uolls tempat makanan paling sedap & murah ok.

So, kelmarin (25/03/2017) sis sekeluarga pulang ke kampung halaman yang bertempat di Batu Kurau, Perak. Balik kampung pun sebab nak hantar adik sis balik maktab dekat Gerik so alang alang tu balik la kampung kan jenguk tok tokwan. Kami bertolak pada pukul 7.30 pagi dari rumah. Otw nak balik tu dah dekat highway ni tiba-tiba abah tanya nak makan dekat mana, sis pun jawab lah tak kisah makan dekat mana pun asalkan kenyang. Tetiba abah bawa makan dekat satu tempat ni dimana kedai tu terletak di Sungkai, Perak. Masatu dah pukul 10pagi tak silap, abah dah ajak makan tengahari ha awal gila.

Dah masuk tol Sungkai, nampak lah kedai ni yang namanya Nasi Bamboo Sungai Klah. Actually, kedai ni senang je nak cari. You guys masuk je tol, belok kanan then straight je dalam 300 meter something so nanti korang nampak belah kiri restoran ni. Senang la untuk korang mencari takyah susah susah masuk dalam pakai waze bagai en. Memang dia ambik tempat yang strategik la untuk pengunjung isi perut dekat restoran tu. Kalau nak juga location restoran ni dia alamatnya & sis selitkan gambar restoran tersebut okeh.


Kampung Buloh Telor, 35600 Sungkai, Perak

Gambar dekat atas tu sis ambik time takde orang datang lagi. Pukul 10pagi sampai.Oh ya, restoran ni beroperasi pukul 10.30 pagi sampai la 6petang ya. Dah sampai tu masuk duduk jap tunggu sampai labukak (10.30pg) tapii start 10.15am dah start ramai orang datang. So nampaklah restoran ni setiap hari ramai pengunjung lagi lagi time cuti sekolah kan mesti ramai. Bukan orang melayu je ada tau, pelancong, cina, india semua pakat makan dekat kedai ni ok. Nak bagitahu ni, restoran ni bukan macam restoran lain yang kita biasa makan tengahari tu tau. Cuma konsep dia je berbeza. Lebih kurang macam foodcourt gitu lah. Ambik air bayar dkt tempat air, lauk dekat tempat lauk dan selebihnya juga lah hahahaha nak tahu kena datang sini dulu ok! & nasi dia kukus dalam buluh tauthats why nama kedai ni Nasi Bamboo :) So bawah ni sis kongsikan gambar apa yang ada dekat restoran ni ya.






Dah pukul 10.30 tu dah buka semuanya, sis pun pergilah ambil nasi, lauk, air dah semuanya. Memang excited nak ambik makanan tu taktahu kenapa hahahaha. Sis kalau bab makanan nombor satu manala pipi tak naik. Nak cakap pasal harga memang murah la kena sediakan bawah RM100 gitu. Tapi berbaloi + sedap + kenyang dan sis jamin korang akan repeat lagi tak tipu (sebab sis repeat hehe) so nah gambar makanan yang sis ambik 





Haaa tengok tak gambar atas tu? Sedap kan! Sis yg tengah menaip ni pun terliur tengok. Sedap korang serious tak tipu, For those kampung dekat belah utara tu, kalau nak makan tengahari tu singgah la sinii. Tak jauh manapun tau. Kalau sekali korang dah pergi, mesti nak pergi lagi. Lauk ada pelbagai ya & lain-lain harga contohnya ikan keli sambal, daging masak hitam, burgerdel (taktahu eja sorry my bad) ulam-ulaman, ikan masin, ikan pekasam, ayam kampung haaa sedapnyaaa!! So nanti bila korang makan, suasana dekat kedai tu macam kenduri tau serious sebab ada DJ pastu pasang lagu lagu klasik semua gentle best lebih kurang mcm suasana kenduri dekat kampung gitu.

Selain itu, hekhek ada lagi ni lupa nak bagitahu. Bagi mak pak yang ada anak kecil tak reti duduk diam tu boleh la bawa diorang gi main dekat situ sebab restoran tu ada sediakan mesin mainan automatik untuk kanak-kanak so takdela nanti budak budak tu dok meroyan kacau mak pak dia makan pula kann.

So, ni je benda yang dapat sis kongsikan dengan uolls. Ada masa lapang ajak la pakcik makcik, family, kekawan datang mai makan dekat sini tau!! Confirm korang akan puas punya lah tak tipu! So, itu sahaja untuk harini, ada kisah menarik inshaAllah sis akan kongsikan dengan uolls ya. Terima kasih sebab luangkan masa baca blog sis ni :) Semoga kalian dibawah lindungan Allah swt ya. Will update my blog soon, stay tune!!

xoxo, Anis

Comments

Popular posts from this blog

MONA BY JIBRIL @ PUBLIKA

NASI LEMAK WANJO, KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR

MEE TARIK WARISAN ASLI, CYBERJAYA