The BBQ Garage

Assalamualaikum, hi semuanya!! Kembali lagi kita di rancangan.... ceh hahahaha. Alhamdulillah masuk bulan ramadhan dah kita & sekarang nak masuk ramadhan ke-3 (29/52017) dah. & alhamdulillah juga masih berkesempatan menyambut bulan ramadhan tahun ni bersama keluarga. Bulan ramadhan ni jangan lupa banyakkan ibadah ya kawan-kawan semuanya. Semoga ramadhan tahun ni bermakna buat kalian semua. Salam Ramadhan Kareem :)

Back to our topic, eh topic sis ok hahahaha(bosan aa ayat ni je manjang lol). So harini, sis nak blogging pasal satu tempat makan. Haha blog sis ni memang penuh pasal makanan je kannnn. Tempat makan ni dekat Taiping, Perak ya. Kejadian ni berlaku masa akhir bulan April ya belum puasa lagi time tu. Sorry sebab update lambat hehe. Nak ke tempat makan ni sebenarnya macamni, sis dengan keluarga balik kampung dekat taiping (aulong) family belah abah, kebetulan semua pula balik masatu. Lagipun susah nak berkumpul sama sejak arwah tok abah dah takda. Alang-alang semua dah ada, weolls pun pergilah cari kedai nak makan luang masa bersama lagipun dah lama tak makan beramai kan. Berjam jugala cari kedai makan ni sebab mostly semua kitaorg dah try makan senanya (tak semua la). Then, my uncle pun try la search dekat fb (facebook) tempat makan dekat taiping ni, search punya search keluar lah ada orang suggest makan dekat The BBQ Garage ni.

Actually, The BBQ Garage ni buka lama dah, sis taktahu pula hahaha. So, weolls gerak la gi kedai makan tu. Oh alamat kedai ni 62, Jalan Kamunting Lama, 34600 Kamunting, Perak. Korang masuk Tol Kamunting tu then straight je, dalam 500m something belah kiri ada la The BBQ Garage ni. Signboard dia besar jangan risau. Kalau korang nak datang beramai contoh dengan family besar ke kawan-kawan ke sis cadangkan better korang reserve tempat awal awal sebab senang. Kedai ni bila malam memang penuh beb gentle tak tipu. Kalau petang tu taktahu la pulak penuh ke tidak sebab yang sis pergi ni malam.

Nak cerita pasal kedai ni, dah sampai tu ingat kedai biasa-biasa je. Boleh katakan, kedai ni ala-ala hipster jugala (taiping dah maju beb ingat kl jeke boleh maju). Kedai ni dua tingkat ya, nanti sis tunjukkan gambar. & sis cadangkan juga kalau makan dengan family ada nenek atuk or orang yg lebih tua janganla makan dekat tingkat atas. Kesian diorang kena naik, tangga situ dahla tinggi sangat. Better makan bawah je sudah memadai. Boleh tahan jugala kedai ni, ala ala hipster best la sis suka hahahaha. So, bawah ni sis letak gambar suasana dekat kedai ni & menu dia sekali okeh.




Haaa ni dia gambar-gambarnya. Ok, sebelumni weolls sampai ni, weolls dah order siap makanan semua dah taknak kelam kabut nanti kann. Tengok la menu tu, harga pun cantek punyaa hahahaha. Kitaorg lain lain order la kan tak sama semuanya. Sis order Spicy Seafood Shellout & Spicy Fishout kongsi dengan my aunty, abah & mama. Yang lain taktahu la order apa hahaha tak ambik tahu, ambik tahu makanan sendiri je sebab lapar sangat lol. So bawah ni sis letak gambar makanan, yang weolls order okay.




Actually banyak lagi, tapi tak sempat nak ambik gambar sebab semua dah ngapp dulu hahahaha. So, feedback dia boleh tahan la sedap gila & memang kenyang. Sis try shellout ofcourse rasa kenyang. Tapi yang makanan lain sis tak rasa pula, tapi semuanya kata makanan sedap. Makanan sedap, harga pun cantek la kan. So, u guys, try la rasa makan dekat sini. Ajak kawan-kawan, sedara mara, mak pak hangpa semua mai sini ok. Tak salah nak makan mewah sekali sekala kan? Actually dekat taiping, banyak lagi tempat makan sedap tauu. Dah habis makan sehingga menjilat jari gitu, weolls pun berangkat pulang ke kampung halaman.

Soooooo, ini sahaja sis nak kongsikan dekat uolls malamni. Actually, ada lagi tau kedai makan nak kongsi (makan lagi?!) hahahaha hidup sis memang penuh dengan makanan je tapi nantila sis update blog lagi okeh. So, terima kasih sebab luangkan masa baca blog sis yang tak seberapa ni, sis cuma kongsikan sahaja :) Kalau ada terkasar ayat ke apa ke, sis minta maaf ya mungkin tak perasan sebab taip laju sangat hahahaha. So ini je untuk malamni, ada cerita lagi sis akan update lagi ya. Stay tune! & Selamat berpuasa semuaaa! Sis undur diri dulu, sebelumtu nah sis nak payung video shellout sikit :p. So, Assalamualaikum semuanya!!







xoxo, Anis 💫







Comments

Popular posts from this blog

MONA BY JIBRIL @ PUBLIKA

NASI LEMAK WANJO, KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR

MEE TARIK WARISAN ASLI, CYBERJAYA