Hobi Baru!!

Assalamualaikum & hi everyone!! Wow long time no see ya hahaha dah mula berhabuk blog ni. Sebelum tu, masih belum terlambat nak wish HAPPY NEW YEAR korang!! Mulakan dengan azam yang baru, ubah menjadi yang lebih baik dari sebelumni, sentiasa positif dalam hidup yang paling penting jangan sesekali lupa Allah S.W.T ok? :) so, maaflah dah lama tak update blog ni, sekarang dah masuk hectic week so busy dengan test, quiz, assignments semua sampai tak cukup tidur bersengkang mata study punya pasal dengan final exam lebih kurang sebulan je lagi dari sekarang. Taktau nak kata lagu mana dgn persediaan nak hadap final ni. Doakan yang terbaik untuk diri sis ok? Aaminnn!

So, back to our topic eh tak tak topic sis okay haha! Actually sekarang sis tengah cuti cny. So taktau nak buat apa dekat rumah tetiba Abah ajak gi mancing. So apa lagi sis dengan bangga + excited + tak sabaq nak pi mancing okehh! Sebab sebelumni abah dah pernah gi mancing actually dgn along siap sent gambar dkt whatsapp lagi depa pi mancing dapat ikan banyak. Ikan siakap pulatuuu 6 ekor koooo! So sis jealous gila thats why la abah bawa gi mancing hehe.

Sis pergi hari ahad (29 Januari 2017) gerak dalam pukul 9pagi macamtu. Pergi dengan abah & along. Dari puchong ke banting dalam sejam jugalah nak sampai sana. Oh tempat yang sis pergi mancing tu namanya Kolam Pancing Jugra, Banting. Korang search je dekat waze nama tempat tu akan ada. Dah sampai tu gi daftar. Daftar dalam rm3 tak silap sis. Tak kisah nak duduk berapa lama dekat situ, dia tak kira per hour ok For those yang takde pancing tu jangan risau, pancing boleh sewa dekat situ :) . Ok dah siap daftar semua, sis dengan perangai tak gheti gheti nak sabar pergila dekat kolam ikan siakap. Ok ni sis nak bagitau, ingatkan bila mancing dah dapat ikan tu takyah bayar apa-apa rupanya kena bayar. Sis taktau la bila mancing dkt kolam mmg kena bayar atau tidak bila dah dapat ikan sebab sis baru first time mancing dkt kolam selamani mancing dkt parit je (masa kecik). Dekat sini ada pelbagai jenis kolam ikan ya, ada siakap, jenahak, bawal emas, kerapu, kaci, banyak lagi la.

So, pergila dekat kolam ikan siakap. Ikan siakap dia kira rm17 per kg tau. Dah sampai kolam tu, weolls get ready dengan umpan semua la. Then, dah start mancingg!! Nak mancing ni mmg kena ada tahap kesabaran yang tinggi gila kalau tak cane nak mancing en. Weolls dah start mancing semua, sis tengokla orang sebelah sis ni. Dia datang sorang je tapiii dia dah dapat 8ekor siakap wehh!!! Banyak tho. Perhatii je. Tak lama lepas 30minit, along dapat sekor siakap!! Sis punya excited tu ya tuhan tak boleh kawal. Itu baru along yg dapat, kalau diri sendiri? hahaahaha ok sis pun tunggu punya tunggu nak dekat pukul 11 dah ni tak dapek dapek lagi ikannya. Org sebelah sis asyik dapat je. Okay takpa tunggu lagi, tak lama lepas tu along dapat lagi sekor weh!! Masatu tahap kesabaran + dengan jealous membuak buak weh. Bila angkat pancing umpan hilang peh ikan ni memain dengan aku ko tunggu la! dari pukul 11 sampai pukul 2 sis tak dapat langsung weh ikan siakap!! Along dapat 5ekor besar besar lagiii. Sis masatu dah rasa bengang gila tapi takpa sis cuba positifkan diri sis mungkin bukan rezeki sis nak dapat ikan siakap, k takpa kkkkkkkk ha geram

Dah pukul 2, abah ajak gi kolam ikan jenahak mancing sana pula. Ok sis dengan tekadnya nak dapat gak tak kira! Dah ready dengan pancing semua, sis tunggu. Tunggu punya tunggu sampai pukul 3 tak dapat sekor pun. Then tetiba abah cakap "ok 3.20 kita baliklah kalau tak dapat" sis dengan perasaan sedih kit yela tak dpt pancing sekor pun along je banyak. Bila sis angkat pancing tengok umpan hilang. K sabar. Mancing lagi, sis tunggu... sambil menunggu tu sis doa la supaya Allah bagi sekor tak besar pun takpela janji dapat sekor. Sis pun mengelamun la kejap usha orang sana sini bawa ikan yg diorang pancing. Masatu sis tengah pandang kiri while tangan kanan sis pegang pancing tau tiba-tiba ada benda mcm tarik pancing tu kuat gila weh!! and finally hasil menunggu selama 5 jam nak dapat sekor ikan akhirnya dapat wehhhhhh ya Allah masatu bersyukur gila gila! Sis pun dengan gigih tarik ikan tu sekuat yang boleh hahahahaha bangga weh dapat even sekor rasa macam seronok!! Dah dapat ikan jenahak sekor sis dengan puas hati pulang ke rumah dalam kegembiraan (ceh ni baru mancing hahahahaha) so weolls pun pulang ke rumahhhh!!

Sis pun nak kongsi moral of the story dari pergi mancing ni. Actually, tak sia-sia pun kalau kita sabar dalam sesuatu perkara. Allah akan berikan hasil yang lebih baik jika kita bersabar. Sabar itu kan separuh daripada iman. So, lepasni kalau nak buat apa-apa sabar ok? Jangan terburu-buru :)

& special thankyou to abah bcs bawa angah gi mancing!!! Lepasni nak pergi lagiiiiii hahahahaha so sis akan share dekat uolls gambar beserta video weolls gi mancing okeh!

Ikan Siakap :)
Ikan Jenahak :)

Ha sebelah tu along sis :)


So itu sahaja untuk harini. Kalau ada cerita yang lagi menarik sis will update soon ok? Thankyou for spending ur time to read my blog. See you guys soon, annyeong!!

xoxo, Anis.


Comments

Popular posts from this blog

MONA BY JIBRIL @ PUBLIKA

NASI LEMAK WANJO, KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR

MEE TARIK WARISAN ASLI, CYBERJAYA