5 Oktober 2016

Hi, Assalamualaikum! Alhamdulillah akhirnya dapat juga bersihkan blog yang dah lama "berhabuk" since form1 lagi hehe. Masih dalam proses nak mengenali alam blog ni so kalau ada salah silap harap maaf ya.

So, ni nak cerita sikit apa yang berlaku pada tarikh ni. Actually, time ni I baru je habis final exam (4/10). So, sebelum balik rumah tu plan nak pergi jejalan dulu la kan pada esoknya (5/10) i dengan datins plan nak makan korea lah, main bowling, jejalan semua yelah bila lagi nak spent time bersama lepasni cuti then dah masuk balik pun belum tentu dapat keluar dengan assignment, test, kuiz bakal memanggil gitchu. 

Kitaorg plan gerak dari ksj (Kolej Siswa Jaya) dalam pukul 12 tu then ambik grabcar turun dkt lrt Sri Rampai. Dari situ kitaorg turun dekat lrt KL Sentral, Then, kitaorg jalan la ke NU Sentral ala tak jauh mana pun aih dekat ja ha loghat utagha keluaq dah HAHA! Jalan-jalan dalam nu sambil tu cari lah kedai makan korea. Cari punya cari jumpa pun! Kitaorg makan dekat Dubuyo oke. Dubuyo tingkat atas sekali tau. Dekat nu ni, kedai makan semua belah atas.

 So, I baru first time ok makan korea ni. Act, i tak suka makanan korea sebab mentah but kawan i sorang ni punya la gigih yakinkan i kata tak mentah semua hahaha! So why not kita try kan? Masuk kedai, dah duduk semua tengok menu. Wow boleh tahan juga la harga dia, RM10 keatas beb. Masatu dalam hati "aduh mahalnya, tak sedap nanti membazir pula hm" belek belek buku menu tu then ada selit menu promotion. RM17.50 (termasuk air, gst, service tax). Promotion ni weekdays only at 10am-3pm je ok!

                                       So, I pilih set Korean Honey Garlic Bulgogi Chicken.


First, reaksi bila dapat makanan tu teruja ha nampak tak gambar atas tu teruja tak terkata ko and at the same time rasa "hm sedap ke tak harap-harap sedap lah". Reaksi pertama bila suap nasi dalam mulut tu, peh weh sedap!!!! Tak mentah tak apa weh serious! Sangat sangat sedap! Sampai rasa nak repeat lagi lah! Haha! Kawan-kawan i ambil set lain lain. 


Ha, gambar atas ni kawan kawan i punya menu. Yang first hujung belah kanan is Korean Spicy Wings (set) harga dalam RM20 something then sebelah tu is Cheese Rabokki ok ni memang pedas gila, Bau pun dah tahu pedas tapi tak sepedas samyang tulah. Then, bawah beleh kiri ni pula set Soondubu Jigae harga dalam RM17 keatas ni termasuk dalam menu promotion. Andd, sebelah tu menu i seperti gambar diatas. Kalau uolls nak makan korea better dengan kawan-kawan. Bagi i lah macam tak sesuai dengan family sebab mesti ada yang tak suka semua kan so membazir pula nanti.

Dah settle makan kenyang semua, weolls gerak solat jap then settle terus gerak pergi Times Square. Naik monorail ja. Sampai tu jejalan semua the pergi main bowling, Dah main bowling semua ternampak kedai jual cheesetart. Nama kedai tu Hokkaido Baked Cheese Tart. Buy 5, free 1 ok harga RM30 mahal kan? Tapi memang puas gila weh makan besaq besaq belaka tartnya oi. Makan satu dah kenyang weh. So beli la satu set kongsi 4orang.


So, jam pun dah pukul 7 something, solat maghrib semua then gerak gi KLCC. Sebelum tu, pergi cari minum sat. Ingat nak minum chatime sebab tekak tengah dahagakan chatime cari-cari tak jumpa. I jumpa Boost ja.


Dah beli air semua then gerak la gi luar mall KLCC tu cari port nak duduk. Dah duduk semua sambil menikmati pemandangan rentak air dan makan cheseetart kitaorg beli tadi. Peh memang best gila gila! Sooooo, dah penat berjalan semua weolls pun baliklah. Memang haritu, habiskan duit banyak dekat makanan je. Berbaloi lagi habiskan duit dekat makanan berbanding beli benda bukan bukan kan? Perut kita juga kenyang bukan perut orang lain. So thats all cerita i pada harini. Kita throwback kejap hehe. Will update blog soon dengan cerita yang menarik, byebye!



xoxo, Anis.




Comments

Popular posts from this blog

MONA BY JIBRIL @ PUBLIKA

NASI LEMAK WANJO, KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR

MEE TARIK WARISAN ASLI, CYBERJAYA